Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]

Seorang pesara guru wanita melalui detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta milik anaknya dalam kejadian di stesen minyak di Semambu, semalam.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata dalam kejadian kira-kira 3.10 petang, Napisah Muhammad, 68, dilarikan sejauh lebih kurang 400m dari stesen minyak berkenaan sebelum diturunkan dalam keadaan selamat.

Beliau berkata, selain melarikan kereta jenis Honda City berwarna merah itu, suspek turut melarikan telefon bimbit jenis iPhone 14 milik anak mangsa dengan kerugian dianggar RM94,000.



Sebelum kejadian itu, katanya mangsa bersama suaminya, Mohamed Halim Omar, 77 dan anak perempuannya yang merupakan seorang akauntan berhenti di stesen itu untuk mengisi minyak serta ke tandas.

“Semasa mengisi minyak, mangsa dan suaminya ke tandas. Selepas anak mangsa selesai mengisi minyak, dia meletakkan kenderaannya berhampiran tandas dan mangsa yang selesai ke tandas terus masuk ke dalam kereta.

“Anak mangsa pula kemudiannya mahu ke tandas dan meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin masih hidup. Ketika dia sedang berjalan, dia terdengar ibunya meminta tolong dan nampak keretanya bergerak laju,” katanya dalam kenyataan.

Wan Zahari berkata, hasil siasatan terhadap rakaman kamera litar tertutup mendapati suspek datang ke stesen minyak berkenaan menggunakan motosikal curi serta nombor plat palsu sebelum masuk ke kereta dan melarikan kenderaan berkenaan.



“Usaha mengesan suspek giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker