RTM rehatkan Don Daniyal

Don Daniyal terlibat dalam siaran Salam Baitullah

RTM rehatkan Don Daniyal

Pendakwah kontroversi, Don Daniyal Don Biyajid, direhatkan daripada terus bersiaran di Radio Television Malaysia (RTM), kata Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman.

Suhaimi berkata tindakan itu diambil bagi meredakan keadaan sedia ada. Bagaimanapun dia tidak mengulas lanjut tindakan tersebut.



“Untuk meredakan keadaan, I have asked the team to rehatkan dulu Ustaz Don dari Salam Baitullah. Don’t ask me about what I think or feel. Numbed,” ciap Suhaimi di laman sosial X, semalam.

Langkah tersebut dibuat beberapa hari selepas Don Daniyal dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.


Baca Artikel Menarik:

Suami BCL seleweng dana syarikat




Dalam dakwaan dibuatnya semasa bersiaran di sebuah stesen radio, Don Danial mendakwa baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali.

Don Daniyal, 39, yang juga seorang pensyarah turut mendakwa Ummu Hani merupakan “cinta pertama” Rasulullah.

Walaupun ditegur oleh beberapa tokoh agamawan Don Daniyal bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.

Beri nasihat elak kontroversi

Semalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan. Antara lain pejabat itu berkata dakwaan nabi melamar wanita terbabit tidak dapat diterima kerana berlaku kecatatan pada riwayatnya.



“Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar berhati-hati dalam menyampaikan sesuatu perkara yang berkait dengan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Baca Artikel Menarik:

DJ Aina menang anugerah rantau Asia Pasifik


“Hal yang demikian supaya kita tidak tergolong dalam kalangan mereka yang mendustakan Baginda SAW,” kata kenyataan tersebut.



Mengulas isu berkenaan Suhaimi pada awalnya berkata Don Daniyal bukanlah penganalisis atau pun penceramah dalam program kendalian RTM sebaliknya hanyalah perantara.

“Beliau juga dinasihatkan agar tidak mengundang kontroversi. Beliau akur. Pimpinan tertinggi editorial juga ada di lokasi menentukan semua,” ciapnya.

Beberapa pengguna media sosial juga mendesak Suhaimi bertindak kerana Don Daniyal terlibat dalam program RTM.

Penasihat Menteri Komunikasi, Abu Hafiz Salleh Hudin, misalnya berkata dia bertegas mahukan Don Daniyal digantung tugas atau digantikan dengan orang lain.




Baca Artikel Menarik:

Aurelie Moeremans kena buli dengan artis senior


“Agensi kerajaan memberi mesej salah dengan biarkan penceramah yang jelas telah salah, pertahan yang salah walau ditegur autoriti agama.

“RTM mesti bertegas,” ciapnya di laman sosial X.



Salam Baitullah merupakan sebuah rancangan RTM yang bersiaran setiap kali musim haji. Kali ini ia disiarkan sejak 2 Jun dan dijadual berlanjutan sehingga 17 Jun ini.

RTM rehatkan Don Daniyal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker