Dakwaan Jepun ada ancaman pengganas tidak berasas

Sebaran :

Dakwaan Jepun ada ancaman pengganas tidak berasas

Tindakan Kementerian Luar Jepun mengeluarkan amaran kepada warganya terhadap kemungkinan wujud ancaman pengganas di Asia Tenggara termasuk Malaysia adalah satu perkara tidak berasas.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata melalui taklimat bahagian risikan tentera, beliau dimaklumkan amaran itu dikeluarkan dengan bersandarkan laporan sebuah platform media.

“Dakwaan berhubung isu pengganas itu tiada asas langsung dan kita menunggu dari Wisma Putra yang menanyakan Jepun apakah sebabnya mereka mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Tetapi daripada segi ancaman sebenar, saya boleh mengesahkan dalam konteks risikan tentera dan pengesahan daripada Ketua Polis Negara sendiri, tiada timbul sesuatu (ancaman) yang perlu kita bimbangkan di Malaysia,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. BH

Dakwaan Jepun ada ancaman pengganas tidak berasas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong


Sebaran :

Leave a Reply