Pelajar IPT masuk kampus berperingkat mulai 15 Okt

Pelajar IPT masuk kampus berperingkat mulai 15 Okt

Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan mula kembali ke kampus masing-masing secara berperingkat mulai 15 Oktober ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Noraini Ahmad.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi libat urus membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), naib canselor dan timbalan naib canselor serta wakil persatuan pelajar.

Katanya, bagaimanapun kemasukan pelajar adalah tertakluk kepada mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 dan melepasi tempoh ditetapkan (selepas suntikan dos kedua).

“Selain itu, prosedur operasi standard (SOP) ketat akan terus dilaksanakan di semua IPT berkenaan bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa diberi keutamaan.

“Bagi pelajar atau kakitangan IPT yang belum menerima vaksin, mereka boleh mendapatkannya di pusat pemberian vaksin (PPV) secara ‘walk in’ dengan membawa kad pelajar atau kad pekerja serta kad pengenalan mereka,” katanya ketika pengumuman mengenai operasi IPT.

Noraini berkata, perkara itu penting bagi memastikan usaha mewujudkan imuniti kelompok dapat dicapai secepat mungkin di semua IPT dan hanya pelajar serta kakitangan yang sudah menerima dos lengkap vaksin dibenarkan memasuki kawasan kampus sebaik sahaja sesi akademik dimulakan.

“KPT mensasarkan 100% pelajar IPT menerima vaksin Covid-19 mereka menjelang hujung Okt. Setakat ini hanya 66% pelajar IPT menerima vaksin, manakala 90% kakitangan IPT sudah lengkap divaksin, jadi kita harap mereka segera mendapatkan vaksin di PPV berhampiran.

“Bagi pelajar (IPT) baharu pula, mereka juga boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ dengan membawa surat tawaran kemasukan ke IPT dan kad pengenalan ke PPV di kawasan mereka,” katanya.

Tambah beliau, bagi pelajar IPT di Semenajung, mereka hanya perlu mengemukakan surat kebenaran kembali ke kampus masing-masing kepada pihak berkuasa, manakala bagi pelajar IPT di Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka perlu mematuhi SOP ditetapkan kerajaan negeri tersebut.

Katanya, pelajar juga perlu menjalani ujian saringan sebelum kembali ke kampus dan ia akan diberikan secara percuma.

Beliau turut mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20% kepada semua pelajar warganegara di IPT awam bagi pelajar semester satu sesi akademik 2021/2022 yang bakal memberi manfaat kepada 555,340 pelajar dengan nilai RM175 juta.

Noraini dalam hantaran Facebook pada 2 September lalu memaklumkan bahawa KPT bercadang membuka semula IPT berdasarkan Pelan Pemulihan IPT (Pemulih IPT) bermula Oktober ini. FMT

Pelajar IPT masuk kampus berperingkat mulai 15 Okt


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker