King buat hal lagi

King buat hal lagi

Sebuah kereta Perodua Myvi hampir menyebabkan kemalangan apabila dilihat memotong beberapa buah kenderaan lain secara berbahaya di sebuah laluan dua hala semalam.

Menerusi perkongsian video oleh Nick Toh di laman sosial Facebook miliknya, kelihatan sebuah kereta Myvi dipandu secara berbahaya dan hampir melanggar kenderaan lain di haluan berbeza.



Berdasarkan video berdurasi 22 saat dikongsi Nick Toh, pemandu Myvi tersebut dilihat secara melulu memotong beberapa buah kereta yang sedang memandu mengikut kelajuan sederhana.

Ketika kejadian, kereta Myvi tersebut masih berani memotong kenderaan lain walaupun terdapat sebuah kenderaan di laluan bertentangan dan hampir menyebabkan kemalangan.

Susulan perkongsian itu, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan berbahaya yang dilakukan oleh pemandu Myvi tersebut.

“Budak-budak baru dapat kereta macam itulah jadinya, kalau dah kena langgar tadi tak pasal-pasal nyawa orang lain hilang,” kata Muhd Ajif.



“Kenapa ada pemandu-pemanadu yang bila bawa kereta tak fikir tentang orang lain, kalau dalam kereta itu ada budak kecil macam mana?,” ujar Hafizah Azni.

“Saya dah lah pakai Myvi, tak pasal-pasal nanti orang kecam kereta saya pula, memalukan betul ada pemilik kereta macam ini,” jelas Hasni Meon.

Tindakan pemanduan berbahaya yang ditunjukkan oleh pemandu Myvi ini adalah salah satu punca kes kemalangan di Malaysia meningkat sejak-sejak akhir ini. K Online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

King buat hal lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker