Hadi dipersoal: Jumpa polis uzur, jumpa Mahathir sihat

Presiden PAS Hadi Awang bersama para menteri besar dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR tertanya apakah benar Hadi Awang uzur, selepas muncul laporan presiden PAS itu bertemu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Terdahulu, polis memaklumkan proses mengambil keterangan Hadi ditangguhkan selepas dimaklumkan oleh wakil presiden PAS itu masih uzur dan meminta proses berkenaan ditangguhkan.

Timbalan Ketua Penerangan Razeef Rakimin tertanya apakah alasan uzur itu bagi mengelak keterangan Hadi dirakam polis, dalam siasatan ke atas ucapannya dalam kempen PRK di Simpang Jeram, Johor.

“Tindakan Hadi jelas dilihat seolah cubaan memperbodohkan pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Hadi bergambar bersama Mahathir petang tadi, dalam pertemuan yang turut dihadiri Menteri Besar Perlis Shukri Ramli, Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud, Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Pada 28 Ogos lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain dilaporkan berkata, siasatan dibuka terhadap Hadi di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker