Anak arwah Vanessa masih di rawat

Sebaran :

Anak arwah Vanessa masih di rawat

JAKARTA : Anak lelaki arwah Vanessa Angel yang terselamat daripada nahas yang mengorbankan artis popular Indonesia bersama suaminya, Febri Andriansyah masih lagi dirawat di sebuah hospital di Surabaya.

Gala Sky Ardiansyah yang kini berusia setahun, masih lagi menerima rawatan akibat mengalami lebam serta kelopak matanya perlu dijahit kesan daripada nahas jalan raya berhampiran tol Jakarta – Surabaya baru-baru ini.

Bapa mentua Vanessa iaitu Faisal berkata, Gala masih menerima rawatan yang mana kesan lebam pada bahagian wajahnya masih belum sembuh.



“Masih terdapat kesan lebam pada bahagian wajah Gala dan belum sembuh sampai sekarang. Kelopak matanya juga mungkin akan perlu dijahit sedikit.

“Menurut doktor, bengkak itu boleh hilang dan rawatan lanjut akan diteruskan. Apapun, semuanya mengikut pertimbangan daripada pihak doktor juga,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada tengah hari, 4 November lalu.

Menurut portal berita CNN Indonesia, kemalangan maut itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.



Kemalangan yang berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk itu turut mengakibatkan kecederaan kecil pada tiga penumpang lain termasuk anak Vanessa iaitu Gala Sky Ardiansyah.

Susulan itu, pihak polis tempatan telah menganalisis punca kemalangan dan mendapati tiada kesan brek ditemui.

Anak arwah Vanessa masih di rawat


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’


Sebaran :

Leave a Reply