PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu

Sebaran :

PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu

Umno menampilkan hampir 90% muka baharu untuk mewakili Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kesemua calon terpilih telah menemui Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan di Ibu Pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Senarai tersebut akan diumumkan oleh Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN di Dewan Tun Hussein Onn, WTC pada 10 pagi Sabtu ini.



Kesemua calon juga dijangka menerima watikah pencalonan dan aku janji selepas selesai majlis pengumuman berkenaan.

Difahamkan juga, hanya tiga penyandang yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dikekalkan iaitu Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu; ADUN Ayer Molek, Rahmad Mariman; dan ADUN Serkam, Zaidi Atan.

Dua Ketua Umno Bahagian yang diketepikan pula ialah Hasan Rahman (Jasin) dan Abdul Ghafaar Atan (Alor Gajah).

Antara muka baharu akan bertanding ialah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh di kerusi DUN Tanjung Bidara.



Timbalannya yang juga Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Mohamad Ali Mohamad pula berdepan tugas getir, diletakkan di DUN Pantai Kundor berdepan penyandang kerusi, Nor Azman Hassan yang sudah digugurkan keahlian daripada parti.

Selain itu, turut dicalonkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira di DUN Rim menggantikan penyandang, Ghazale Muhamad.

Naib Ketua Pemuda Umno Melaka, Dr Akmal Saleh pula dicalonkan di DUN Merlimau menggantikan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jasin, Roslan Ahmad.

Seorang lagi Ahli MKT Umno Rais Yasin dipilih bertanding di DUN Paya Rumput manakala Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tangga Batu, Mohd Fasarul Md Isa pula di DUN Sungai Udang.



Turut tersenarai ialah Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya, Ridhwan Ali seperti dijangkakan berentap di DUN Pengkalan Batu, manakala Timbalannya, Hasnoor Sidang Husin bersaing di DUN Bukit Katil.

Turut dicalonkan semula ialah Ketua Umno Bahagian Kota Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman di DUN Telok Mas. FMT

PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *