Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat

Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat

London: Seorang wanita mendedahkan ‘rahsia besar’ miliknya dengan mendakwa bahawa suaminya sering dinaikkan pangkat disebabkan oleh hubungan sulit wanita itu bersama seorang ketua di syarikat lelaki tersebut bekerja, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menerusi perkongsiannya di akaun Twitter Fesshole, wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu mengaku bahawa dia ‘tidur’ bersama ketua suaminya bagi membolehkan lelaki itu dinaikkan pangkat.

“Suami saya dinaikkan pangkat beberapa kali di syarikat dia bekerja dan menyangka ia disebabkan oleh kelayakannya.

“Dia tidak tahu bahawa saya sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan ketuanya selama beberapa tahun.

“Apabila dia dinaikkan pangkat, ia bererti dia akan lebih kerap perlu bekerja di luar kawasan. Jadi, saya boleh terus berhubungan bersama ketuanya,” tulis wanita berkenaan di akaun perkongsian rahsia tersebut.

Pendedahannya itu menerima kecaman netizen dengan ramai yang menyelar tindakan wanita berkenaan.

“Anda memang seorang yang ‘baik hati’,” komen seorang netizen.

“Saya berharap agar suaminya tahu akan hal ini dan menyimpan wang yang banyak di dalam akaun untuk digunakan selepas mereka bercerai,” kata seorang lagi. K Online

Isteri tidur dengan bos agar suami dinaikkan pangkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker