PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka

PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka, kata pesuruhjaya negeri

PAS memberi amaran untuk tidak akan memberi sebarang undi sama ada rakan dalam Perikatan Nasional (PN) atau Barisan Nasional (BN) sekiranya kedua-dua parti ini bertembung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada pilihan raya negeri (PRN), 20 Nov ini.

Pesuruhjaya PAS Melaka Kamarudin Sidek berkata, keputusan itu dibuat kerana kedua-dua pihak telah melanggar status quo yang telah dipersetujui sebelum ini.



Beliau berkata, secara prinsipnya, parti telah menetapkan mana-mana kerusi yang dimenangi Bersatu atau Umno akan ditandingi oleh mereka yang memenanginya.

“Sebagai contoh, jika DUN itu dimenangi Bersatu (rakan dalam PN) maka, BN tidak boleh masuk (bertanding) di situ, begitu juga kerusi dimenangi BN.

“Jika salah satu (Bersatu atau BN) bertanding, maka kita membuat pendirian untuk tidak akan memberi undi kepada mereka.

“Musuh utama kita ialah PH (Pakatan Harapan) dan kita mahu pertembungan satu lawan satu. Tiada guna kita bertanding tiga penjuru kerana boleh mendatangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi FMT.



Beliau menambah, PAS berusaha untuk mengelak pertembungan tiga penjuru dan perbincangan masih dijalankan bagi memastikan PN dan BN menang.

Baru-baru ini, BN telah membuat keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka kerana menghormati ketetapan Perhimpunan Agung Umno sebelum ini.

Keputusan itu menyaksikan berlaku pertembungan tiga penjuru antara PN-BN-PH namun PAS yang bertindak sebagai pendamai sentiasa cuba mengelak perkara itu berlaku kerana ia akan hanya merugikan masyarakat Melayu dan Islam.

Setakat ini, PAS mendakwa perbincangan dilakukan bersama pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu untuk menghadapi PRN Melaka menunjukkan tanda positif. FMT



PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker