Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee

Orang ramai kini boleh menjimatkan bajet percutian masing-masing melalui Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before yang ditawarkan menerusi platform e-dagang, Shopee mulai hari ini hingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Zainuddin Abdul Wahab, berkata kempen itu diadakan sekali dengan menawarkan pelbagai pakej percutian menarik di seluruh negara yang turut menawarkan baucar diskaun.



Beliau berkata, kempen menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0 ini bertujuan meningkatkan promosi pelancongan domestik di platform digital.

“Orang ramai yang ingin bercuti boleh menuntut baucar diskaun RM100 dengan pembelian minimum RM150 bagi tawaran dan pakej pelancongan daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Malaysia Inbound Chinese Association (MICA).

“Ini termasuk pakej pelancongan daripada Persatuan Pengembaraan dan Pelancongan India Malaysia (MITTA), Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA), Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainuddin berkata, tawaran ini tambahan kepada promosi sedia ada iaitu baucar rebat RM100 bagi hotel bertaraf empat dan lima bintang serta baucar rebat RM50 bagi hotel bertaraf tiga bintang dan ke bawah, hasil kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH).



Beliau berharap tawaran percutian ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia, selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri dan pelancongan domestik.

Sementara itu, Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, kolaborasi bersama Tourism Malaysia melalui kempen ini diharap membantu menggalakkan pembangunan semula industri pelancongan dan semua sektor berkait yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before juga diadakan bersempena festival beli-belah Shopee 11.11 Jualan Hebat yang sedang berlangsung sehingga 11 November ini.

“Sebarang tempahan pakej atau tuntutan baucar diskaun ini boleh dibuat melalui ShopeePay di https://shopee.com.my/m/jom-cuti-cuti-malaysia,” katanya.



Pakej, baucar diskaun Kempen Jom Cuti-cuti Malaysia di Shopee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker