Terkejut melihat wajah isteri tanpa solekan, suami tuntut cerai

Terkejut melihat wajah isteri tanpa solekan, suami tuntut cerai

RIYADH: Seorang lelaki di Mesir memfailkan penceraian di sebuah mahkamah di negara ini selepas terkejut melihat wajah sebenar isterinya tanpa solekan.

Lapor Gulf News, lelaki itu memfailkan penceraian terhadap isterinya sebulan selepas perkahwinan mereka.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya, berbuat demikian kerana rasa tertipu dengan wajah isterinya.

Beberapa media tempatan melaporkan lelaki itu terkejut melihat wajah sebenar isterinya yang amat berbeza tanpa solekan pada pagi selepas perkahwinan mereka.

“Saya rasa ditipu oleh isteri saya kerana dia mengenakan solekan terlalu tebal sebelum berkahwin.

“Dia kelihatan hodoh tanpa solekan,” kata lelaki itu di mahkamah.

Jelas lelaki itu, dia mengenali isterinya menerusi Facebook yang mana wanita itu memuat naik banyak gambar cantik dengan mengenakan solekan penuh.

Katanya, selepas bertemu dengan wanita itu beberapa kali, akhirnya dia memutuskan untuk berkahwin dengannya.

“Tetapi selepas perkahwinan, saya melihat wajah sebenarnya tanpa solekan.

“Saya terkejut… kerana dia tidak kelihatan seperti wanita yang saya temui beberapa kali sebelum berkahwin.

“Saya melihat gambar isteri saya di Facebook, wajahnya amat berbeza apabila tidak memakai solekan. Saya rasa tertipu dan mahu menceraikannya,” katanya. Utusan

Terkejut melihat wajah isteri tanpa solekan, suami tuntut cerai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker