‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

‘Bapa Lockdown Malaysia’ didakwa menjadi punca kepada kehancuran ekonomi dan kehidupan rakyat ketika ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat dakwaan tersebut turut mengaitkan bahawa sekatan pergerakan (lockdown) di negara ini adalah antara terpanjang di dunia selain dilakukan ‘separuh masak’.

Lockdown separuh masak yang antara paling panjang dalam dunia, yang dilaksanakan oleh ‘Bapa Lockdown Malaysia’ dari kerajaan dahulu telah menghancurkan kewangan dan kehidupan ramai,” dakwa Najib di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
“Tetapi kadar jangkitan serta kematian COVID-19 berbanding saiz penduduk adalah tertinggi di ASEAN dan antara tertinggi di dunia bagi tahun ini,” tambahnya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan siapa individu yang beliau gelarkan sebagai ‘Bapa Lockdown Malaysia’ itu.

Najib berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 mewakili Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Jelasnya, biarpun ada yang mengaku telah berbelanja RM600 bilion dalam setahun setengah, namun ia kurang memberi manfaat yang secukupnya kepada kehidupan rakyat.

Justeru katanya, itu menjadi sebab kenapa kewangan kerajaan Malaysia berada pada keadaan yang kritikal pada ketika ini.

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker