Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali untuk menghubungkan lebih banyak lagi perniagaan dan masyarakat di Malaysia

Sebaran :

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2021 – Shopee 11.11 Jualan Hebat kembali, dengan
tawaran-tawaran yang lebih hebat, keseronokan dan hiburan yang lebih meriah mulai sekarang
hingga 11 November.

Festival membeli-belah terbesar platform e-dagang ini bakal menjadi pilihan jutaan rakyat
Malaysia yang mencari tawaran serta penjimatan terbaik dengan tawaran lebih nilai. Ia akan
menghubungkan mereka kepada beratus ribu jenama dan penjual daripada 25 kategori produk
yang menawarkan diskaun sehingga 95%, penghantaran percuma tanpa pembelanjaan
minimum serta tawaran RM1.

Shopee 11.11 Jualan Hebat kali ini juga bakal menawarkan hadiah terbesar setakat ini – sebuah
unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East.
Penawaran hadiah ini yang telah memenangi pelbagai anugerah ini adalah hasil kerjasama
Shopee dan pemaju hartanah SkyWorld Development Group. Para pembeli hanya perlu bermain
Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk berpeluang memenangi
rumah baru ini.

Lebih dari itu, kehebatan tawaran 11.11 Jualan Hebat dijangka akan menarik lebih ramai
pembeli atas talian buat kali pertamanya. Ini berikutan kecenderungan kempen 9.9 Hari
Pembelian Hebat baru-baru ini, di mana 1 daripada 3 pembeli serantau adalah pengguna baharu
disebabkan oleh tawaran yang menarik, penjimatan, pilihan yang meluas, hiburan dan banyak
lagi yang disediakan Shopee. Dengan lebih ramai rakyat yang membeli-belah atas talian, lebih
banyak perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan akan
mempercepatkan pertumbuhan digital mereka.



Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Festival membeli-belah akhir tahun
kami telah berkembang menjadi lebih daripada hanya menawarkan tawaran menarik. Shopee
telah merintis usaha untuk mengembangkan ekosistem digital kami untuk membantu lebih
ramai pengguna, perniagaan dan komuniti mengakses dan memanfaatkan e-dagang. Dengan
keadaan pandemik yang beransur pulih, kami menyasar untuk menjadikan 11.11 ini lebih
bermakna dan membawa impak yang ketara kepada semua. Kami akan terus membawa
penjimatan kepada pengguna kami, sambil memberikan sokongan yang lebih baik untuk
membantu perniagaan berkembang bersama-sama komuniti tempatan supaya kami boleh
menuju ke masa depan yang mengutamakan digital.”

1. Tawaran-tawaran, keseronokan dan ganjaran terbesar di Shopee 11.11 Jualan Hebat
1/3
Jackie Chan kembali ke Shopee: Selepas kejayaan iklan 9.9 beliau menjadi viral dengan 435
juta tontonan di atas talian di seluruh rantau, bintang antarabangsa Jackie Chan kembali ke
Shopee dengan iklan baharu, mengimbau kembali kemasyhuran filem aksinya untuk 11.11
Jualan Hebat ini.

Lebih 40 juta Syiling Shopee untuk dimenangi: Memandangkan jualan kali ini melipat-gandakan
segala jenis tawaran, maka jumlah tawaran Syiling Shopee bagi kempen ini juga bakal
diperhebatkan. Pengguna akan layak menerima sebahagian daripada 40 juta Syiling Shopee
tidak kira daripada permainan Shopee Prizes dan penuntutan Baucar Pulangan Tunai Syiling
Shopee 111% hinggalah menambah nilai dompet mudah alih ShopeePay,.
Putar & Menang BMW 218i Grand Coupé M Sport: 11.11 Jualan Hebat ini juga bertujuan untuk
menawarkan ganjaran terhebat kepada para pembeli Shopee. Oleh itu, Shopee menawarkan
sebuah BMW kepada seorang pemenang apabila pengguna Shopee bermain Putar & Menang.
Apa yang perlu dilakukan? Putar, bukan drift!

Penjimatan untuk pengguna baharu dengan program eDuit: Kempen 11.11 Jualan Hebat ini
juga akan membantu pembeli atas talian baharu menjimatkan pembelanjaan barangan
keperluan mereka. Pengguna kali pertama aplikasi Shopee akan menerima RM100 apabila
mengaktifkan ShopeePay mereka. Di samping itu, mereka juga akan layak menerima kredit
ShopeePay RM25 apabila berjaya mengaktifkan akaun premium dompet mudah alih mereka.
Mereka juga akan menerima Baucar ShopeePay bernilai RM60, dan Baucar Alu-aluan RM15
untuk pembelian pertama mereka di Shopee.



Tontoni bintang-bintang terkemuka Malaysia di TV pada 11.11: Tonton TV3 dan Shopee Live
dari 9 malam hingga 11 malam pada 11 November untuk menonton rancangan Shopee 11.11
Pentas Hebat. Saksikan persembahan hebat daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Alif Satar and the
Locos, Naim Daniel, KClique dan ramai lagi. Main permainan termasuk Shopee Shake Battle
Mode untuk peluang memenangi sehingga 11 juta Syiling Shopee, Sony PS5 dan Roborock S7
dengan kemuncak festival membeli-belah Shopee ini.

2. Menghubungkan lebih peniaga luar talian dengan pelanggan yang mengutamakan transaksi
atas talian
Pulangan tunai RM11 dengan Baucar ShopeePay: Dengan pembukaan semula semua segala
aktiviti ekonomi, peniaga luar talian seperti FamilyMart, Bawangchaji, Salad Atelier, KK Mart,
Health Lane Pharmacy dan banyak lagi menawarkan pulangan tunai RM11 yang hebat apabila
pengguna membeli Baucar ShopeePay berharga 1 sen, dan membayar dengan ShopeePay di
kedai fizikal tersebut. Semak sahaja Deals Near Me di aplikasi Shopee untuk dapatkan lebih
banyak baucar pulangan tunai.
2/3
ShopeeFood: Marrybrown, Pasta Panas, Sushi King, Starbucks, Gigi Coffee, Boost Juice, Wall’s
Ice-cream, Esquire Kitchen, Chatime, Kedai Ayamas dan banyak lagi menyertai keluarga
ShopeeFood pada 11.11 Jualan Hebat ini, menawarkan pengguna pilihan makanan dan
minuman yang lebih luas. Bukan itu sahaja, para pengguna juga boleh menikmati penghantaran
percuma dan baucar diskaun sehingga RM11 apabila mereka memesan di ShopeeFood.

3. Sokongan besar bagi semua perniagaan untuk menyemarakkan ekonomi Malaysia
#ShopeeSapotLokal: Ambil peluang ini untuk menunjukkan sokongan terhadap perniagaan
tempatan dengan melayari portal dalam aplikasi Shop Malaysia. Kunjungi kedai atas talian
penjual-penjual dari seluruh pelosok negara yang menawarkan tawaran menarik untuk produk
dan perkhidmatan tempatan mereka. Ini termasuklah kempen Jom Cuti-Cuti Malaysia!
Experience Malaysia Like Never Before bersama Tourism Malaysia, Persatuan Pelancongan, dan
Persatuan Hotel Malaysia. Mulai 1 November, pelancong boleh menuntut baucar diskaun
potongan RM100 dengan pembelanjaan minimum RM150 untuk pakej pelancongan yang
menarik. Ini adalah tambahan kepada baucar rebat RM100 untuk hotel bertaraf 4 dan 5 bintang,
dan baucar rebat RM50 untuk hotel bertaraf 3 bintang ke bawah.
Untuk mengetahui lagi tentang Shopee 11.11 Jualan Hebat,

layarilah https://shopee.com.my/m/11-11



Tertakluk kepada terma dan syarat.

 


Sebaran :

Leave a Reply