PAS Berlagak Seperti Wanita Tercantik Di Melaka

Oleh Nurul Aisyah

FAKTA yang perlu kita tahu, pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), Parti Islam SeMalaysia(PAS) tidak mampu menang satu kerusi Dun pun di Melaka.

Ironinya, PAS berlagak seperti wanita tercantik di Melaka yang menjadi rebutan dua jejaka, apabila Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar pihak yang bekerjasama dengan mereka menggunakan satu logo bersama, iaitu lambang PAS.

Cadangan tersebut ditujukan kepada pihak Perikatan Nasional (PN) dan Barisan nasional (BN) ketika isu penggunaan lambang bagi PAS masih belum diselesaikan.

Perkara itu disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man di media sosialnya petang ini.

“Oleh kerana semua parti bersetuju bekerjasama dengan PAS, elok kalau kita gunakan satu logo iaitu logo PAS dalam PRN Melaka nanti. Fikir-fikirkan,” katanya di Facebook.

PAS adalah parti komponenan dalam PN, Umno pula menjadi rakan kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional yang dimeterai lebih awal. UMNO enggan bekerjasama dengan PPBM memandangkan parti tersebut tidak jujur dalam bekerjasama.

Dalam beberapa Pilihan Raya Negeri Sabah yang lalu, pihak PPBM dikatakan telah menganiaya UMNO dengan bermacam-macam cara. Mereka menggunakan taktik kotor mengingkari persetujuan bersama dalam mencapai matlamat PPBM yang sangat rakus.

Baru-baru ini mesyuarat khas Majlis Tertinggi PN kelmarin yang dihadiri semua parti komponen termasuk PAS, bersetuju untuk menggunakan lambang gabungan itu dalam PRN Melaka yang diadakan pada 20 Nov ini.

PAS yang kurang selesa dengan pendirian tersebut mahu keputusan berkenaan dirujuk terlebih dahulu kepada parti berkenaan.

Semalam pula Umno menegaskan pendirian parti itu mahu meneruskan kerjasama dengan PAS dan memberi kebebasan kepada parti terbabit bertanding menggunakan logo mereka.

Layakkah PAS berlagak sebagai wanita cantik sedangkan mereka tidak mempunyai sebarang kerusi dalam negeri Melaka pada PRU-14 yang lalu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker