Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen

Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen

Setiap kali muncul restoran baru atau viral, mesti anda selidik dahulu menu dan harga di restoran tersebut, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Tzeyung Toh dalam group Borneo Food Hunter telah berkongsi beberapa keping gambar Wagyu Tomahawk bersalut emas di sebuah restoran di Kuching, Sarawak. Apa yang menarik perhatian adalah resit yang memaparkan jumlah perlu dibayarnya sebanyak RM13,057.



Menerusi resit tersebut, Wagyu Tomahawk bersalut emas itu berharga RM6,888. Malah, pengguna Facebook tersebut juga memuji makanan yang dinikmatinya itu dan sempat promosikan restoran tersebut jika ada yang mahu mencubanya.

Perkongsian tersebut tular di media sosial dan menjadi bualan netizen. Rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga yang cukup mahal untuk makanan yang dinikmati oleh pelanggan tersebut.



Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan bahawa dengan nilai tersebut boleh beli dua ekor lembu atau menanggung perbelanjaan beberapa bulan. Tidak hanya itu, para netizen turut mengatakan hanya golongan ‘kayangan’ mampu untuk makan di sana. Vc

Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker