Guru taska ditahan, tekap bantal ke muka budak

Guru taska ditahan, tekap bantal ke muka budak

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dipercayai didera guru di sebuah taska di Tampoi, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Rupiah Abd Wahid berkata, satu laporan polis mengenai kejadian itu dibuat oleh ibu kanak-kanak berkenaan semalam, susulan video kejadian dera itu tular menerusi media sosial.

Beliau berkata, kanak-kanak itu yang merupakan seorang hiperaktif dan bermasalah lambat bercakap ditempatkan oleh ibu bapanya di taska berkenaan yang merupakan pusat jagaan untuk kanak-kanak normal dan kanak-kanak berkeperluan khas.

“Hasil siasatan melalui rakaman kamera litar bertutup (CCTV) taska tersebut mendapati guru berkenaan telah menarik telinga dan menekap bantal ke muka mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini dan pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami lebam atas telinga kanan dipercayai didera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rupiah berkata, susulan itu pihaknya menahan seorang wanita berusia 24 tahun, yang merupakan guru di taska berkenaan di tepi Jalan Putih, Skudai di sini, malam tadi.

Beliau berkata, wanita itu direman hingga 17 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07 5563122.
FMT

Guru taska ditahan, tekap bantal ke muka budak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker