Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina

Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina

Penerbit dan aktivis teater terkenal, Puan Seri Tiara Jacquelina, tidak menolak berasa hampa setelah pusat percutian miliknya, Tiarasa Escapes Glamping Resorts yang terletak di Janda Baik, Pahang, turut terjejas akibat banjir kilat semalam.

Menurutnya, banjir kilat yang melanda semalam merupakan antara yang terburuk berbanding yang berlaku pada Disember lalu dan ia memberi tekanan kepadanya dan pihak pengurusan resort untuk membuat proses membaik pulih.



“Baru saja nak bernyawa selepas enam bulan terpaksa ditutup berikutan dilanda bajjir kilat Disember lalu semasa pandemik. Elok-elok kami sedang cuba untuk bangkit semula, terkena banjir kilat lagi.

“Sepanjang empat tahun kami beroperasi dan dalam sejarah di Janda Baik, nampaknya ini adalah yang paling buruk pernah berlaku. Ia sangat menyedihkan, menghampakan dan tidak menyenangkan,”katanya.

Tiara berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram malam tadi selain turut berkongsikan beberapa keratan video ringkas yang memaparkan keadaan di resortnya yang terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, kata Tiara, lokasi Tiarasa Escapes sedikit bertuah kerana terletak di kedudukan tinggi dan tidak begitu teruk terjejas berbanding beberapa lokasi resort lain berdekatan.



“Sedih sangat bila tengok video resort dan tempat penginapan lain. Hanyut dibawa arus, tenggelam dibawah lumpur. Tabahlah komuniti Janda Baik.

“Apa pun, perkara ini tidak harus terjadi lagi. Saya harap pihak berkuasa yang sepatutnya akan membuat pemeriksaan untuk semua aktiviti yang tidak bertanggungjawab yang berlaku di kawasan itu, yang telah menyebabkan keadaan ini terjadi terhadap kami, komuniti Janda Baik,”katanya.

Dalam pada itu, jelas Tiara lagi, ekoran banjir yang berlaku, pihaknya juga terpaksa menutup resort berkenaan selama tiga hari dalam usaha membaik pulih sistem saluran air di kawasan tersebut.

“Kami telah meminta tetamu-tetamu kami untuk pulang dan datang semula pada hari lain untuk kembali bercuti di resort ini. Untuk hari ini, pasukan kami telah berusaha sedaya upaya untuk membersihkan kawasan yang telah terjejas akibat lumpur.



“Insya-Allah, Janda Baik dan Tiarasa akan bangkit semula dengan lebih baik selepas ini. Kami juga akan berusaha membuat persediaan lebih baik lagi pada masa akan datang jika ‘Mother Nature’ nak mengamuk lagi seperti ini,”katanya. Utusan

Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker