Suntik darah dalam makanan di pasar raya

Suntik darah dalam makanan di pasar raya

London: Seorang peguam yang menyuntik makanan di beberapa pasar raya seperti Sainsbury, Tesco dan Waitrose dengan darahnya sendiri didapati tidak bersalah kerana gila.

Leoaai Elghareeb, 37, merayau-rayau ke dalam tiga kedai di Fulham Palace Road, barat London pada 25 Ogos tahun lalu dengan membawa sebaldi jarum hipodermik.



Portal Metro UK melaporkan, peguam cara itu menusuk produk termasuk epal, daging bakon, susu mentega dan filet ayam.

Dia turut membaling picagari ke arah doktor tetapi bernasib baik kerana ia melantun dan tidak menyebabkan kecederaan.

Tiga pasar raya iaitu Sainsbury’s Local, Tesco Express dan Little Waitrose terpaksa membuang semua produk berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga.

Kejadian menyebabkan kerugian hampir 500,000 euro (RM2.3 juta).



Semua pihak bersetuju Elghareeb melakukan kesalahan itu, tetapi peguamnya berhujah dia tidak waras ketika dia melakukan perbuatan itu.

Dia menafikan tiga pertuduhan mencemarkan barangan dan dua pertuduhan menyerang sebelum juri di Mahkamah Crown Isleworth secara rasmi mendapati dia tidak bersalah kerana gila.

Awal tahun ini, juri melepaskan lelaki itu selepas mereka gagal mencapai keputusan terhadap peguam berasal dari Lubnan itu.

Mahkamah ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan Elghareeb memasuki Sainsbury di Hammersmith pada hari kejadian. HM



Suntik darah dalam makanan di pasar raya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan



Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker