Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?

Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?

Pengumuman Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming untuk berehat dan tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang telah mencetuskan persoalan mengenai penggantinya di kerusi Parlimen Selangor itu.

Namun begitu, jawapan teka-teki mengenai calon pilihan Kian Ming sebenarnya sudah berada dalam akaun Instagram wakil rakyat itu.



Ketika ditanya Sinchew Daily tentang calon yang boleh menggantikannya di Bangi, Kian Ming berkata, jawapannya ada dalam Instagram.

Walaupun terdapat ramai orang termasuk Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang muncul dalam Instagram Kian MIng, tetapi salah seorangnya iatu Syahredzan Johan dilihat paling berkemungkinan bertanding di Bangi.

Bersertakan satu gambar, Kian Ming menulis bahawa beliau bersarapan dengan Syahredzan dan mengajaknya berjalan-jalan dan makan-makan di Bangi.

Syahredzan merupakan pengamal undang-undang yang juga setiausaha politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.



Menariknya, beliau juga merupakan anak kepada Tan Sri Johan Jaafar yang pernah menjadi Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Pengerusi Media Prima dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan.

Syahredzan ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu sama ada dirinya akan dicalonkan di Bangi, tetapi akan menghormati keputusan parti.

Dalam pada itu, Kian Ming berharap Pakatan Harapan (PH) dapat menentukan calon untuk Bangi dengan secepat mungkin.

“Ini merupakan kawasan yang besar dengan lebih 300,000 orang dan calon baharu memerlukan masa untuk memahami kawasan ini dan mengenali pengundi,” katanya. Mk



Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’



Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker