Bayi lelaki 11 bulan meninggal di rumah pengasuh

Bayi lelaki 11 bulan meninggal di rumah pengasuh

SEORANG bayi lelaki berusia 11 bulan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika berada di rumah pengasuh di Kajang, sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, bayi tersebut telah dibawa oleh ibunya ke Hospital Serdang.

“Satu laporan berhubung kejadian tersebut telah diterima daripada Pegawai Perubatan Hospital Serdang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada pengasuh dan siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi tersebut.

“Keputusan bedah siasat yang dijalankan pada hari ini di Unit Forensik adalah ‘Pending Laboratory Analysis’,” katanya.

Beliau berkata, kes di siasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Sehubungan itu, saksi yang mempunyai maklumat di minta tampil ke balai terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502. Utv

Bayi lelaki 11 bulan meninggal di rumah pengasuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker