Janin cukup sifat dibuang di dalam tandas stesen minyak

Janin cukup sifat dibuang di dalam tandas stesen minyak

JANIN bayi lelaki cukup sifat ditemui dibuang di dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota, Setapak petang tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan bayi yang dianggar berusia enam hingga hingga lapan bulan itu pada pukul 4.57 petang.

Katanya, sepasukan pegawai serta anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Janin tersebut dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Ashari berkata, saksi yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03- 92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran. Utv

Janin cukup sifat dibuang di dalam tandas stesen minyak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker