Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video)

Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video)

UMUM mengetahui had laju lalu lintas kenderaan di kawasan perumahan ialah 30 kilometer sejam (km/j).

BAGAIMANAPUN MASIH RAMAI YANG TIDAK MENGHIRAUKAN HAD LAJU BERKENAAN SEBALIKNYA MEMANDU DENGAN LAJU TANPA MEMIKIRKAN RISIKO YANG BAKAL DIHADAPI PENDUDUK.

Had laju yang minimum itu ditetapkan di kawasan perumahan memandangkan pemandu perlu lebih fokus dan peka terhadap pelbagai halangan tidak diduga dari lorong-lorong kecil, celahan objek tepi jalan seperti pokok atau kenderaan diparkir dan reaksi manusia, terutama kanak-kanak yang sukar dijangka.

Namun masih wujud segelintir pemandu yang mementingkan diri sendiri dengan memandu dengan kelajuan standard di jalan raya persekutuan iaitu 60 hingga 70km/j.

MALAH SESETENGAH PEMANDU DENGAN SENGAJA MEMANDU KERETA SECARA LAJU WALAUPUN MENGETAHUI TERDAPAT BONGGOL JALAN DI HADAPAN.

Perkongsian pengguna TikTok @fiezamieza tentang bapanya yang cuba mengurangkan pemanduan laju di kawasan kampung menarik perhatian ramai.

Gusar dengan sikap pemandu yang mungkin mengundang bahaya kepada penduduk setempat, lelaki itu mencuba taktik berlagak seperti polis trafik merakam perangkap laju.

Lelaki berkenaan dilihat berdiri di pinggir jalan memakai jaket pantulan cahaya dan topi keselamatan sambil mengeluarkan perkakas seperti lampu ‘ring light’ dan beberapa peralatan lain.

AKSINYA TIDAK UBAH SEPERTI SEORANG POLIS TRAFIK SEDANG ‘MENEMBAK’ KESALAHAN PEMANDU YANG MEMANDU LAJU.

Warga maya rata-rata terhibur dengan gelagat berkenaan. Masing-masing memuji sikap ‘sporting’ bapa wanita berkenaan di samping memberikan cadangan menggunakan alat pengering rambut kerana nampak lebih ‘real’. SPlus

Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker