Fuad Rahman jelmaan Saleem
Fuad Rahman jelmaan Saleem
Penyanyi Singapura, Fuad Rahman meluahkan rasa terharu apabila ada yang memberi komen positif dan mengatakan suaranya mirip dengan suara vokalis kumpulan Iklim, Allahyarham Saleem.
Pendapat itu dikongsikan warga maya selepas video Fuad menyanyikan lagu Aduhai! Seribu Kali Sayang tular di TikTok dan Facebook.
“Bila orang komen begitu, rasa segan pun ada sebab suara saya biasa-biasa sahaja. Terharu rasanya sebab saya juga adalah peminat Saleem,” katanya kepada Harian Metro.
Fuad, 43, berkata, lagu-lagu dendangan Saleem menjadi pembakar semangat buatnya untuk menjadi insan yang lebih baik.
“Sejujurnya, saya dahulu bukanlah orang yang baik sangat. Bila dengar lagu-lagunya, ia menjadi inspirasi untuk saya menjadi manusia yang lebih baik.
“Selain saya, orang tua saya juga peminat Saleem dan lagu-lagunya benar-benar menyentuh jiwa setiap kali didengar,” katanya.
Fuad mula menyertai industri seni muzik Singapura pada 2003 menerusi pertandingan nyanyian Anugerah dan masih aktif sehingga ke hari ini.
Malah Fuad baru sahaja melancarkan single berjudul Patah selain bekerja sebagai penjual serta duta untuk syarikat jualan kereta di Ubi, Singapura. HM
Fuad Rahman jelmaan Saleem
Baca Artikel Menarik:
- Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian
- Wanita berusia 121 tahun dipercayai tertua di dunia
- Alibaba rugi RM113 bilion akibat khabar angin penahanan Jack Ma
- Osama, Zaki Cuba Nak Satukan Keluarga Penyanyi Legenda Jamal Abdillah
- Gaduh di Restoren Nasi Kandar, polis mulakan siasatan
- PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo
- Ibarat bom jangka, saya boleh mati bila-bila masa – Azizulhasni
- Tambang ECRL mahal, Azan pakai formula siapa – Najib
- Pemandu e-hailing tinggal pelanggan di lebuh raya
- Pekerja bengkel langgar lari guna MPV pelanggan
- Kondom berisi air mani atas cermin kereta buat ramai jijik
- Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…
Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]