PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen - Abang Jo — MYKMU.NET

PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo



PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo

Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian parti itu untuk kekal bertanding di semua 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan itu dinyatakan Pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi mengulas isu pertembungan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan GPS di salah satu kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak.

“Saya sudah maklumkan sebelum ini, kita (GPS) akan tetap bertanding di semua 31 kerusi Parlimen,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong di Hotel Raia pada Khamis.

Terdahulu Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin memberi bayangan untuk bertanding mengekalkan kemenangannya di kawasan berkenaan pada pilihan raya yang akan datang.

Tegasnya, selaku penyandang, beliau memikul amanah bagi merealisasikan aspirasi rakyat di Puncak Borneo yang terdiri daripada komposisi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, Serembu dan Tarat.




PRU14 pada tahun 2018 menyaksikan kekalahan pertama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam kerusi parlimen sejak tahun 1974 selepas calon Barisan Nasional (BN) Jeannoth Sinnel tumpas kepada Willie calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika itu dengan majoriti 4,005 undi.

Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 19 perwakilan daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dengan 13 kerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tiga kerusi Parti Rakyat Sarawak (PRS), dua kerusi Parti Demokratik Progresif (PDP) dan satu kerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).-AA

PRU15: Tiada Ruang Untuk Bersatu, GPS Tanding Semua 31 Kerusi Parlimen – Abang Jo

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Sampai Angkut Motosikal Atas Kereta Demi Nak Pulang Beraya [VIDEO]

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: