Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama

Pakar Nefrologi dan Perubatan Dalaman, Hospital Putrajaya, Dr. Rafidah Abdullah membidas kenyataan penyanyi dan pengarah filem, Mawi yang berkongsi keberkesanan mengamalkan jus minuman dalam mengatasi masalah buah pinggang.

Menurut Dr. Rafidah, penerangan yang diberikan selebriti tersebut tidak benar dan hanya sebagai publisiti untuk melariskan produk yang dijual.

“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya?.

“Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956,” katanya dalam satu ciapan di Twitter semalam.

Sebelum ini, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah hadir dalam sebuah video berkongsi kelebihan sebuah jenama jus minuman yang boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain.

Mawi juga menceritakan pengalaman keluarganya sendiri yang juga merupakan pengamal jus minuman tersebut dan berjaya kembali sihat dari pelbagai penyakit dalaman.

Bagaimanapun, Dr. Rafidah kekal menyangkal penjelasan yang dibuat penyanyi berkenaan dan meminta agar semua selebriti perlu memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.

“Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama.

“Adakah semua artis atau selebriti tidak beretika? kan ada panduan untuk selebriti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan, sila baca betul-betul, cukup-cukup menipu orang-orang tua,” tegasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker