Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud

Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud

Pelawak dan pelakon Joey Daud meluahkan rasa syukur dan gembira apabila mural hasil sentuhannya di sekitar Muar, Johor menarik perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Joey berkata, dia kini perlu menyiapkan 12 potret selepas Baginda berkenan dengan idea dan konsep yang dihasilkan.

“Ketika menerima projek ini Baginda pesan jangan jadikan bandarnya sebagai sebuah bandar lukisan.

“Selepas saya menghasilkan tiga mural pada beberapa dinding bangunan, Sultan Ibrahim yang kebetulan berada di Muar untuk sarapan pagi menyukai hasil potret saya. Jadi Baginda menambah jumlah mural yang perlu disiapkan tahun ini iaitu sebanyak 15 mural.

“Sebelum saya dapat projek ini, sebenarnya ramai yang menghantar tender namun Baginda menyukai idea dan konsep yang saya persembahkan, Alhahamdulillah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Janggo yang bakal memulakan penggambaran pada 9 Mei ini.

Dalam pada itu, Joey tidak menafikan kesibukan kerja ketika ini membataskan waktu untuk dirinya meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak.

Bagaimanapun Joey berkata, sebagai ketua keluarga dia akan melunaskan segala tanggungjawab sebelum keluar bekerja untuk beberapa hari.

“Alhamdulillah rezeki dalam bidang seni ini sentiasa ada. Jadi setiap kali keluar bekerja saya akan maklumkan setiap perkara yang bakal dilakukan.

“Saya bukan orang yang main rebut saja peluang yang datang dan tinggalkan rumah begitu saja. Sebagai ketua keluarga saya perlu pastikan segala kebajikan dan tanggungjawab dilaksanakan terlebih dahulu.

“Saya akan selalu beritahu isteri yang saya ini hanyalah seorang ‘freelance’, tiada kerja tetap. Jadi selagi orang masih menyukai kita, saya cuba buat. Namun saya selalu minta dia doakan kesihatan saya selalu,” katanya.

Terdahulu isteri Joey yang juga pelakon Watie Elite berkongsi foto di Instagram mengenai kesibukan suaminya hingga terasa seperti zaman bercinta dulu. HM

Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker