Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis

Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis

Polis tidak menemui sebarang kesalahan jenayah dalam siasatan ke atas rakaman audio bocor dikaitkan dengan Wisma Putra.

Oleh itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim berkata, kes itu dirujuk kepada Kementerian Luar untuk menjalankan siasatan dalamannya sendiri.



“Tak ada kesalahan jenayah untuk disiasat. Jadi kami rujuk semula kes itu kepada Wisma Putra untuk siasatan dalaman,” katanya dalam sidang media di sini.

Ditanya sama ada perkara itu boleh disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Azmi berkata, klip audio itu bukan milik kerajaan.

Sebelum ini, Wisma Putra membuat laporan polis selepas satu klip audio perbualan telefon antara dua individu tular di media sosial.

Klip itu antara lain mendakwa Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak mempunyai hubungan baik dengan Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.



Kertas siasatan ‘PASLeak’

Azmi menjelaskan polis belum memanggil semua ahli politik yang dinamakan dalam kertas “PasLeak” kerana kertas siasatan baharu dibuka untuk menentukan intipati laporan polis itu.

“Kita akan siasat aduan pengadu ini untuk kita ‘establish’ sama ada terdapat kesalahan jenayah atau lain-lain kesalahan sebab kita kena klasifikasikan kesalahan itu.

“Siapa yang akan dipanggil terpulang kepada hasil siasatan awal.”



Semalam, media melaporkan polis akan memanggil semua ahli politik yang dinamakan dalam minit mesyuarat PAS yang dikatakan bocor itu.

Dokumen itu memperincikan rancangan untuk menjatuhkan pemimpin Umno dan keperluan “campur tangan” dalam kes mahkamah membabitkan pemimpin Umno tertentu bagi mempercepatkan hukuman.

Pemimpin PAS menafikan kesahihan dokumen itu. FMT

Tiada kesalahan jenayah dalam audio bocor Wisma Putra – polis




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)



Rayuan akhir Najib, 94 alasan dikemukakan untuk Mahkamah Persekutuan

Janna Nick Gatal Raya pula (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker