Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang

Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang

Meskipun tahap kesihatan diri semakin kurang baik, namun ia tidak menjadi penghalang buat penyanyi, Zamani Ibrahim untuk terus memberi persembahan yang terbaik dalam menghiburkan peminatnya.

Baru-baru ini tular video persembahan Zamani di sebuah majlis berbuka puasa yang membuat ramai sebak melihat kegigihannya menyanyikan lagu popular, Kelopak Cinta Kita meskipun dalam keadaan membongkok.

Perkongsian seorang pengguna media sosial, Anna Soffia semalam, telah menerima lebih 1.5 juta tontonan dan rata-ratanya bersimpati dengan keadaan penyanyi itu.

Namun, ramai memuji suara Zamani yang masih ‘power’ dan merdu sejak dari kemunculan awalnya lagi.

Tambah Anna, dia memaklumkan penyanyi itu sempat meminta maaf kepada penonton yang hadir kerana tidak dapat beraksi seperti dulu.

“Semalam dia (Zamani) minta maaf sebab tak macam dulu, tapi suara dia memang jatuh cinta,” tulisnya menerusi ruang komen.

Dalam pada itu, orang ramai turut mendoakan agar Zamani diberikan kesihatan yang baik dan segera sembuh dari masalah tulang belakang.

“Semoga Zamani kembali sihat seperti dulu,” kata Mr Apit.

Seorang lagi pengguna, Ali Basruddin mengharapkan sebuah keajaiban berlaku kepada penyanyi kesayangannya itu untuk terus kembali sihat.

“Moga Allah hadirkan satu keajaiban, abang Zamani akan kembali sihat untuk hiburkan ramai, suara abang tetap ada dalam jiwa kami, walaupun keadaan abang seperti ini, abang seorang yang kuat demi peminat,” luahnya. K Online

Peminat sedih lihat keadaan Zamani sakit tulang belakang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker