TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor

TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor

Menjelang Syawal, stesen TV9 dengan kerjasama ST Rosyam Mart dengan menawarkan ayam segar berharga RM1.49 seekor sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia.

Tawaran istimewa ini berlangsung selama dua hari pada 26 dan 27 April, antara jam 9 hingga 11 malam di dua cawangan ST Rosyam Mart iaitu Setiawangsa dan Shah Alam.



Selain pembelian ayam segar dengan harga istimewa, pengunjung berpeluang menemui pemilik ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam Noor dan barisan pelakon drama 30 Hari Sebelum Raya serta membawa pulang cenderahati istimewa dari TV9.

“Sudah dua tahun kita tidak berpeluang meraikan Aidilfitri disebabkan pandemik COVID-19.

“Kini, negara sudah memasuki fasa peralihan ke endemik, jadi sudah tentu ramai teruja menyambut perayaan bersama insan tersayang. Oleh itu, TV9 dengan seikhlas hati, ingin meraikan Syawal ini menerusi aktiviti #JanjiRaya bersama komuniti.

“Tidak kira walaupun masih dalam situasi sukar, apa yang pasti kita #JanjiRaya bersama dan teguh dalam apa juga keadaan yang menghimpit,” kata Ketua Pegawai Operasi TV9, Sherina Nordin.



Pembelian ayam terhad kepada 1,000 ekor ayam segar sehari menerusi kupon tebusan diedarkan dan digunakan di lokasi yang tertera.

Pembelian ayam terhad kepada 1,000 ekor ayam segar sehari menerusi kupon tebusan diedarkan dan digunakan di lokasi yang tertera.

Tambah Sherina, dia berharap semangat kental ini terus berada dalam komuniti.

“#JanjiRaya bersama-sama dan kita sambut penuh kesyukuran.



“Jadi, saya ingin berpesan kepada pengunjung ST Rosyam Mart agar sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) semasa membuat pembelian ayam segar,” katanya.

Bagaimanapun, pembelian ayam ini tertakluk kepada pindaan dan syarat.

Ia termasuklah terhad kepada 1,000 ekor ayam segar sehari. Hanya seekor ayam untuk satu keluarga menerusi kupon tebusan diedarkan dan digunakan di lokasi tertera.

Kupon tebusan wajib diserahkan ketika pembayaran dan harga promosi hanya sah bersama kupon tebusan.



Turut serta, Aprena Manrose, Shakila Khoriri, Liza Abdullah dan Mark Adam. BH

TV9, ST Rosyam Mart tawar ayam RM1.49 seekor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan



‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker