Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia

Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia

Ibu pelawak popular, Achey iaitu Ngaisah Hassan, 74, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor, jam 12.46 pagi ini selepas hampir dua tahun menderita penyakit kanser pankreas.

Berkongsi berita sedih itu, Achey berkata, dia mengetahui keadaan arwah semakin nazak ketika mengadakan rakaman program raya yang dikendalikan Zizan Razak dan Scha Alyahya, malam ini.



“Ketika rakaman, keadaan arwah nazak dan tahap kesihatannya semakin merosot. Saya cuba tenang, sedangkan fikiran amat kacau memikirkan arwah.

“Namun, saya mendapat berita arwah meninggal dunia ketika atas motosikal dalam perjalanan pulang.

“Beberapa kali juga saya terpaksa menghentikan motosikal menangis tepi jalan, sedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Bagaikan melayang jiwa atas pemergian ‘syurga’ saya.

“Jujurnya, saya terkilan tidak berada di sisi arwah pada saat menghembuskan nafas terakhir. Saya hanya pulang ke Kuala Lumpur sekejap, namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika dihubungi BH Online.



Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, berkongsi arwah baru sahaja menjalani pembedahan memasang tiub berdekatan saluran hati dengan harapan bengkak dialami boleh semakin surut.

“Saya agak lama berada di Johor Bahru untuk menjaga arwah, namun, perlu pulang ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja. Saya lihat keadaan arwah semakin baik, jadi, saya pulang bagi menyelesaikan tugasan yang dijanjikan.

“Namun, tahap kesihatan arwah semakin merosot apabila sel kanser sudah merebak seluruh badan, malam ini. Arwah menghembuskan nafas terakhir di sisi kakak, Nordewiyani Hazrani Nasir.

“Ikutkan, saya belum puas berbakti pada arwah, namun, soal ajal dan maut ketentuan Allah. Walaupun sedih, saya tetap bersyukur arwah dijemput Allah pada 10 malam terakhir Ramadan.



“Saya dan keluarga reda, arwah meninggal dunia pada bulan baik. Mengenangkannya membuatkan hati saya lebih tenang,” katanya dengan nada sebak.

Anggota kumpulan Bocey itu berkata, lebih bermakna apabila impian arwah mahu disemadikan di sebelah kubur arwah abah juga termakbul.

“Arwah pernah pesan mahu dikebumikan di sebelah kubur arwah abah. Allah makbulkan impian arwah apabila ada tapak kosong di sebelah kubur arwah abah.

“Insya-Allah, arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Usaha Jaya, Labis, Segamat. Namun, saya dan keluarga masih menunggu kepulangan abang yang juga jurulatih paralimpik Malaysia bertugas di United Kingdom.



“Abang sempat mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia sejurus mengetahui pemergian arwah dan dijangka tiba jam 2 petang, hari ini,” katanya.

Achey berkata, dia memuji kakaknya, Nordewiyani yang menjaga arwah sejak mula sakit hingga memperoleh rezeki berada di sisi arwah ketika menghadapi sakaratul maut.

“Sudah menjadi rezeki kakak berada di sisi arwah. Adik-beradik lain juga bergilir-gilir menjaga arwah ketika di hospital, namun Nordewiyani lebih bertuah, dapat berbakti dengan arwah hingga akhir nafas.

“Saya masih di Kuala Lumpur, sekarang mengambil tempoh bertenang seketika. Jenazah juga masih perlu menjalani beberapa prosedur di hospital sebelum dibawa pulang ke Labis.



“Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan arwah sejak mula sakit hingga menghembuskan nafas terakhir,” katanya. BH

Achey menangis tepi jalan saat ibu meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker