Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Pengacara dan pelakon terkenal tanah air, Nabila Huda baru ini berkongsi di media sosialnya bahawa dia akui kini menjadi trauma melihat wajah peguam popular yang mewakili Siti Bainun.

Hal ini tular berikutan isu kes saman fitnah yang difailkan aktivis tempatan Fatimah Zaharah Rahim terhadap Nabila pada bulan Januari lalu, di mana aktivis tersebut melantik peguam Nurul Hafidzah dan dua lagi peguam dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors bagi mengendalikan kes saman tersebut.

Isu mula timbul apabila Nabila tidak mengetahui dirinya disaman, dan tidak menerima sebarang surat mahupun panggilan telefon dari pihak berkenaan berikutan hal saman tersebut.

Melihat ciapan Nabila di akaun Twitter nya, pelakon ini akui menjadi trauma melihat wajah peguam tersebut yang kini mewakili Siti Bainun bagi kes penderaan adik Bella.

“Saya bukan nak memburukan lagi keadaan tapi tiba-tiba tengok muka dia kat timeline, terus trauma.. Teringat kejadian hitam yang pernah saya lalui dulu.. Dia cuba menabur pasir di periuk nasi saya dan berniat ingin merompak serta merta. Jadi ayuh Malaysia, kita kasi dia koyak!” ciap Nabila

Berada dalam situasi sebegitu Nabila mendedahkan dia tidak cepat melenting apatah lagi bertindak mengeluarkan kenyataan di media sosial sebaliknya cuba menyelesaikan masalah tersebut secara berhemah dengan membalas surat peguam berkenaan.

“Jadi konklusinya, kita tak perlu bagi kenyataan untuk bagi platform percuma kepada perompak. Abil buat keputusan untuk berdiam. Tidak balas kenyataan di media sosial. Tapi balas je surat peguam, yang itu pun sampai keesokan hari lepas dia dah jatuhkan maruah aku tu..” ciapnya lagi

Nasihat Jangan Ambil Hasil Dari Merompak
Tidak mahu panjangkan isu, pelakon veteran ini menasihati agar peguam berkenaan tidak mencari sumber rezeki dengan cara sebegitu untuk hidup mewah.

“Kita ni kalau nak hidup senang, kaya raya, hidup mewah, kena usaha. Jangan dapat duit hasil merompak. Itu kalau nak hidup mewah lah. Tapi saya sentiasa memilih untuk hidup sederhana tapi bahagia dan yang penting. Hasil yang halal. Anda sentiasa ada pilihan!” ciap Nabila

Terdahulu aktivis Fatimah Zaharah Rahim telah mengambil tindakan undang-undang ke atas pelakon dan pengacara televisyen, Nabila Huda atas kenyataan berbaur fitnah di media sosial pada tahun lalu.

Dan menuntut pelakon veteran ini membuat permohonan maaf serta membayar ganti rugi fitnah sebanyak RM900 ribu. Bn

Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker