Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti

Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti

Sebelum ini seorang pengguna Twitter @qiltinho telah menghantar ciapan meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan video kejadian di mana dia dipukul oleh seorang pemandu Ferarri untuk dijadikan bukti.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Noor Dellhan Yahaya berkata, identiti pemandu kereta mewah yang didakwa memukul seorang pengguna jalan raya di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, kelmarin sudah dikenal pasti.



“Pihak kami juga sudah memperoleh perintah meneruskan siasatan (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes terbabit,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Dalam gambar laporan polis yang dikongsikan oleh @qiltinho, kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat Jalan Sultan Ismail pada jam 12.40 tengah malam ketika dia memandu keluar bersama seorang rakan wanita dengan menaiki kereta Proton X70.

Ketika lampu isyarat bertukar hijau, mangsa mendakwa sebuah kereta mewah Ferarri 458 berwarna putih di depannya tiba-tiba mengundur ke belakang dan melanggar bahagian depan kenderaannya.

Lelaki itu mendakwa mengekori kereta suspek yang menghala ke arah Kampung Baru, sebelum mereka berhenti di depan sebuah premis di Jalan Raja Abdullah dan dia turun daripada kenderaannya untuk berbincang dengan suspek.



Dakwanya lagi, suspek tidak mengaku melakukan pelanggaran dan mengugutnya, merampas telefon bimbit serta membalingnya, selain suspek juga didakwa mencekik leher dan menumbuk kepalanya dengan tangan hingga dia jatuh.

Akibat serangan itu, mangsa didakwa mengalami kecederaan di siku dan buku lali kiri serta badan.

Noor Dellhan Yahaya menyatakan butiran suspek sudah diperoleh dan tindakan lanjut sedang diambil. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Vc

https://twitter.com/qiltinho/status/1516450501952376832?t=r-YAiEiHNAU2z5PSr4RBow&s=19



Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura



Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker