Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari

Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari

Sebuah restoran yang berpangkalan di Melbourne, Australia kini sedang giat mencari penebar roti canai atau dalam kata profesionalnya ialah Roti Canai Chef.

RotiBar, sebuah restoran yang menyajikan makanan asli dari Malaysia ini memerlukan khidmat penebar roti canai dan anda yang terpilih bakal menerima gaji sehingga RM200,000 – namun tidak dinyatakan adakah ini gaji bulanan atau dikira setahun.



Dalam sebuah iklan yang dimuat naik di laman Seek.com.au, RotiBar mencari mereka yang berkelayakan untuk memenuhi setiap syarat yang ditetapkan iaitu mempunyai pengalaman menebar roti canai, mampu bekerja dalam tekanan, boleh ikut arahan dan memenuhi setiap syarat untuk bekerja di Australia.

Hantaran ini telah pun tular di beberapa laman media yang bertapak di Malaysia. Kebanyakan netizen terkejut dengan tawaran gaji yang tinggi, sebahagian pula membandingkan gaji penebar roti canai di dalam negara.

“Saya tak sangka, penebar roti canai juga sudah menerima gaji di tahap yang profesional. Ini baru betul, kena dengan kemahiran,” kata salah seorang netizen di Twitter.

“Ada anak nanti, aku nak asah bakat anak aku jadi penebar roti canai yang berkualiti. Balik rumah boleh berlagak, tebar roti canai tapi pakai BMW,” kata seorang netizen dengan nada bergurau. Vc



Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura



Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker