Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Rasanya semua sedia maklum mengenai kehadiran menantu lelaki baharu dalam keluarga tukang masak terkenal negara, Chef Wan.

Sebelum ini, anak perempuan Chef Wan iaitu Serina telah bernikah di luar pengetahuannya dengan seorang pegawai polis iaitu Meor Mohammad Aidid dan bergelar isteri kedua.

Namun begitu, Serina menafikan statusnya sebagai isteri kedua dan memaklumkan bahawa suaminya itu sudah pun menceraikan isteri pertamanya selain turut menepis dakwaan mereka berdua bernikah di Thailand.

Menerusi sebuah hantaran terkini Chef Wan di Instagram, figura yang terkenal dengan mulut lantangnya itu memaklumkan bahawa dia berasa senang hati dengan suami baru Serina.

Tambah Chef Wan lagi, dia juga telah memberikan sejumlah wang untuk membantu pasangan itu menyiapkan dapur selain membelikan sofa baru untuk ruang tamu.

Puji Chef Wan lagi, Meor juga tidak sombong dan seorang yang peramah.

Menantu kali ini tak b*ngsat, senang nak di ajak berbicara. Not and arrogant or as orang putih kata a d*ck head!
Katanya lagi, dia memang seorang yang pemurah namun bersikap tegas dengan orang yang biadap terhadap dirinya.

“Saya jenis always generous and giving. Tapi tegas dan jangan kurang ajar dan biadap. Nanti saya tahu nak ajar manusia manusia macam tu.” ujarnya lagi. Bn

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker