Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April



Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April

Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan pesakit di wad fasilitinya ditemani penjaga dan menerima pelawat mulai 23 April ini.

KKM memaklumkan pelaksanaan polisi penjaga dan pelawat di hospital KKM semasa fasa peralihan ke endemik itu bagaimanapun berdasarkan kriteria tertentu, tertakluk kepada kapasiti dan kemampuan hospital serta wad masing-masing.

Menurutnya, kriteria umum bagi pelawat dan penjaga mestilah berusia 12 tahun ke atas, lengkap vaksinasi Covid-19 dan tidak tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19.

“Bagi penjaga kepada kategori pesakit tertentu yang perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri, ujian perlu dijalankan dalam tempoh 24 jam sebelum ketibaan ke hospital, tarikh dan masa ujian dijalankan perlu dinyatakan berserta gambar sebagai bukti,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama.




Ia turut memaklumkan individu yang mahu menjaga dan melawat juga mesti daripada kalangan tidak disyaki menghidapi Covid-19 atau individu dalam pemantauan (PUS) serta tidak bergejala.

Mereka juga perlu mengisi borang deklarasi Covid-19 serta mematuhi SOP dan memakai alat pelindung diri (PPE) seperti yang ditetapkan.

Katanya, bagi kriteria khusus untuk lawatan dan jagaan pesakit bukan Covid-19, termasuk menemani ibu bersalin, individu itu perlu menjalani ujian saringan RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif.

“Lawatan daripada kalangan ahli keluarga kepada pesakit bukan Covid-19 yang sama ada berada di wad, unit rawatan rapi (ICU) atau sedang tenat (end of life) dibenarkan, namun terhad kepada dua pelawat pada satu-satu masa. Pelawat juga digalakkan menjalani ujian RTK-Ag kendiri sebelum melawat.

“Hanya seorang penjaga dibenarkan bagi pesakit bukan Covid-19 yang menerima rawatan pesakit luar atau jabatan kecemasan.”




Bagi lawatan dan jagaan pesakit Covid-19, kehadiran penjaga hanya dibenarkan untuk pesakit yang memerlukan penjagaan khusus dan pesakit kanak-kanak sahaja.

Bagi tujuan itu, penjaga perlu menjalani ujian RTK-Ag kendiri dan disahkan negatif serta ujian perlu diulang sekiranya penjaga bergejala dan sebelum pulang ke rumah.

“Tiada pelawat dibenarkan bagi pesakit Covid-19, kecuali bagi pesakit yang sedang tenat, sama ada di wad atau ICU. Hanya dua pelawat dibenarkan pada satu-satu masa dan ujian Covid-19 menggunakan RTK-Ag kendiri digalakkan sebelum lawatan.”

KKM turut memaklumkan dalam keadaan tertentu, apabila risiko penularan Covid-19 adalah tinggi seperti berlaku wabak di hospital, pihak hospital boleh melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap polisi sedia ada bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak. FMT

Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir



Leave a Reply

Your email address will not be published.