UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh



UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh

Mana-mana ahli UMNO termasuk Dr Mohamad Khir Toyo terbuka untuk merebut jawatan tertinggi parti itu sama ada peringkat cawangan mahu pun bahagian apabila musim pemilihan tiba.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana parti Melayu itu masih mengamalkan semangat demokrasi dan tidak menghalang mana-mana ahlinya menjadi pemimpin setiap peringkat.

“Dalam politik ini bebas, siapa nak comeback ke, nak datang ke biarlah ahli menentukan. Kalau di Sungai Besar, biar ahli bahagian tentukan, kalau dalam pilihan raya, biarlah rakyat menentukan.

“Kita mengamalkan dasar demokrasi, jadi terpulang kepada ahli UMNO,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), di Hotel Everly hari ini.




Sebelum ini, Mohamad Khir yang juga bekas Menteri Besar Selangor menyatakan hasrat untuk kembali ke dalam arena politik dan mahu merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar daripada penyandangnya, Datuk Seri Jamal Md.Yunos.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan pemilihan UMNO di semua peringkat hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan bukannya pada awal tahun ini.

Sebelum ini, Perhimpunan Agung UMNO 2021 meluluskan usul supaya pemilihan parti ditangguh enam bulan selepas PRU-15 diadakan. MG

UMNO Selangor tak halang Khir buat come back – Noh


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Leave a Reply

Your email address will not be published.