Mohon Queen’s Counsel Wakili Rayuan Untuk Perbicaraan Yang Adil

Oleh Nurul Aisyah

RAKYAT sedang melihat bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah mendapat perbicaraan yang tidak adil. Itu salah satu sebab mengapa rakyat semakin ramai menyokong beliau. Mereka jadi semakin benci kepada Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional(PN) yang dikatakan “master mind” dibelakang atau pencatur kepada perbicaraan tidak adil terhadap Datuk Seri Najib.

Semalam Datuk Seri Najib telah memfailkan petisyen rayuan dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Beliau memberi hujah dalam rayuan tersebut bahawa kedua-dua Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Rayuan menurutnya telah menggunakan logik dan rasional sendiri yang bercanggah dengan bukti yang membebaskannya daripada tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT), dan pengubahan wang haram.

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan memberinya masa tambahan iaitu sehingga lewat petang semalam, untuk memfailkan petisyen rayuan.

Menurut salinan petisyen rayuan itu, Najib yang juga bekas penasihat emeritus kepada SRC mendakwa Mahkamah Rayuan telah tersilap dari segi fakta dan undang-undang dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau terkilan dengan apa yang menurutnya kesilapan undang-undang yang dibuat oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman masing-masing.

Najib mendakwa kedua-dua mahkamah tersilap dalam fakta dan undang-undang apabila gagal menilai bukti dengan betul dan gagal mengiktiraf perbezaan antara fakta terbukti dan tidak terbukti, antara inferens yang boleh dibuat dan tekaan semata-mata berdasarkan cadangan, dakwaan tidak berasas, sangkaan, syak wasangka dan khabar angin.

Najib turut mendakwa bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengenai kesahihan dan kebolehterimaan dokumen.

Semasa peringkat perbicaraan, pasukan pembela Najib telah mengemukakan bukti dokumentari yang didakwa untuk menyokong pembelaannya melibatkan derma yang dikatakan daripada royalti Arab.

Mahkamah Persekutuan masih belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan utama kes SRC Najib.

Najib juga sedang memohon untuk mendapatkan Queen’s Counsel (QC) dari United Kingdom untuk mewakilinya dalam rayuan itu.

Isu hakim dalam kes Najib juga kini sedang hangat di perkatakan. Dakwaan Raja Petra berkenaan salahlaku Nazlan yang sedang menjadi hakim kes Datuk Seri Najib kini dalam radar rakyat.

Jika benar dakwaan Raja Petra tersebut, adakah Nazlan secara otomatik tergugur daripada menjadi hakim kes Datuk Seri Najib?

Rakyat sedang memerhati dan rakyat sedang menilai segala gerak langkah tangan ghaib yang dikatakan sedang mencatur politik tanahair. Mereka sudah bosan dengan politik kotor dan jahat yang sedang dibawa oleh PH dan PN. Lagi kejam PH dan PN maka lagi kuat penolakan terhadap kedua-dua gabungan tersebut.

Kini semakin viral, Hakim Nazlan Ghazali dikatakan tidak layak untuk menjadi hakim pada perbicaraan kes SRC International. Nazlan diminta menjawab segala pertuduhan dari Raja Petra tersebut bagi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.

Jika benar hakim Nazlan memberikan perbicaraan yang tidak adil terhadap Datuk Seri Najib atas sebab beliau terlibat dalam konspirasi untuk menganiaya dan dengan sengaja memberikan penghakiman dengan menggunakan logik dan rasional sendiri yang bercanggah dengan bukti yang membebaskan Najib daripada tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT), dan pengubahan wang haram maka Queen’s Counsel (QC) dari United Kingdom perlu dibenarkan untuk mewakili Najib dalam rayuan tersebut.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker