Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)

Lebih kurang seminggu sahaja lagi, kita akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah pasti ruang dan peluang yang ada ini akan digunakan semua ahli keluarga untuk berkumpul beramai-ramai setelah sekian lama tidak berjumpa.

Tak dapat dibayangkan sekiranya orang yang tersayang pergi menghadap Ilahi beberapa hari menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun siapalah kita untuk menolak takdir yang merupakan luar kemampuan kita.



Tangisan anak syurga

Tular satu perkongsian di TikTok apabila pemegang akaun @yantihomebaker memuat naik satu video menunjukkan reaksi adiknya yang kelainan upaya (OKU) ketika berada di perkarangan kubur bapanya.

Melalui video tersebut dapat dilihat pemuda itu hanya duduk sambil menangis melihat jenazah bapanya dimasukkan ke liang lahad.

Dapat juga dilihat pemuda tersebut seakan tidak dapat menerima berita tentang pemergian seorang insan bergelar ayah yang telah menjaganya selama 32 tahun dan meminta agarnya bapanya itu untuk untuk bangun.



Moga terus tabah

Perkongsian ini mendapat respon dari netizen dan rata-rata mereka turut sebak serta berasa sayu melihat situasi tersebut.

Semoga pemuda tersebut dan keluarga terus tabah menghadapi ujian dan dugaan ini. OM

Pemuda OKU Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen (Video)




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis



Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker