Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda



TAPAH – Seorang posmen maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan pacuan empat roda Toyota Hilux di Kilometer 82 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur dekat Sungkai di sini pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang itu, mangsa, Mohamad Nurazreen Faizal Zul, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Slim River.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, laporan kemalangan diterima membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja di Pejabat Pos Tanjung Malim memandu dari arah Slim River menuju ke Bidor.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan.




Kereta yang dipandu mangsa terbalik selepas bertembung dengan Toyota Hilux di Sungkai pada Isnin. – Foto Ihsan PDRM
“Pada masa sama, Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu tidak sempat mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dirujuk ke Hospital Slim River.

“Mangsa bagaimanapun dimaklumkan telah meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam ketika menerima rawatan.

“Dalam kejadian itu, pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan. Kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan pihak Puspakom dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Posmen maut kereta bertembung pacuan empat roda




 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Leave a Reply

Your email address will not be published.