Maybank mohon maaf kepada pelanggannya

Maybank mohon maaf kepada pelanggannya

Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya mula mengalami kelembapan berikutan jumlah trafik tinggi yang belum pernah berlaku sebelum ini di seluruh platformnya.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu berkata, ia sedang berusaha untuk menyelesaikan dan memulihkan perkhidmatannya yang menjejaskan penggunaan laman sesawang Maybank2u, Aplikasi M2U, Aplikasi MAE dan kad debit bermula Isnin 9 pagi.



“Sila yakin bahawa baki dan butiran akaun anda tidak terjejas dan terjamin dengan kami. Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.

“Kami menghargai sikap bertimbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” katanya.

Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya. FMT

Maybank mohon maaf kepada pelanggannya




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis



Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker