Tempahan pelita buluh meningkat di Aidilfitri



HANAFIZA Hasnan menyusun pelita buluh yang dihasilkan di rumahnya di Kampung Kechor, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis.

KANGAR: Menjelang sambutan Aidilfitri, tidak lengkap rasanya jika suasana malam di halaman rumah tidak diserikan dengan keindahan cahaya pelita buluh.

Namun bagi pengusaha pelita buluh, mereka kini bertungkus-lumus menghasilkan pelita tersebut bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan khususnya ketika Aidilfitri tahun ini sudah boleh disambut seperti biasa.

Bagi pasangan suami isteri, Zainordin Nayan, 33, dan Hanafiza Hasnan, 32, yang menghasilkan pelita buluh atau pelita panjut sejak enam tahun lalu, mereka menjangkakan tempahan semakin meningkat menjelang beberapa hari sebelum raya.

Hanafiza berkata, tempahan pelita buluh tersebut mencapai sehingga 1,500 pada tahun ini.

Katanya, di sebalik berdepan kenaikan harga buluh, namun dia tetap menjual pelita berkenaan dengan harga sama seperti tahun sebelum ini iaitu RM15.




“Untung itu masih ada namun hasil pendapatan sahaja yang sedikit berkurangan tahun ini. Sekurang-kurangnya buluh yang kami dapat sudah siap dipotong jadi dapatlah menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Kechor, Jalan Kaki Bukit di sini, semalam.

Tambah Hanafiza, Aidilfitri tahun ini, ramai yang akan pulang ke kampung halaman menyebabkan mereka teruja menghias rumah dengan keindahan cahaya pelita buluh.

“Pelita kami hasilkan ini diperbuat daripada buluh duri dan ia lebih tahan lama iaitu antara tiga empat tahun jika dijaga dengan baik,” katanya.

Jelas ibu kepada tiga orang anak itu, selain dari negeri ini, dia juga menerima tempahan dari pelanggan seluruh negara.

“Idea membuat pelita buluh ini timbul apabila kami ingin menambah pendapatan khususnya pada bulan Ramadan dan menjangkakan pelita buluh ini sememangnya masih menjadi pilihan,” katanya




 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan

‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Leave a Reply

Your email address will not be published.