Nenek durjana paksa cucu minum whiskey hingga maut

Roxanne (kiri) dan Kadjah berdepan tuduhan melakukan pembunuhan darjah pertama.

BATON ROUGE – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di negeri Louisiana, Amerika Syarikat (AS) menemui ajal selepas neneknya tergamak memaksa mangsa meminum sebotol whiskey.

Jurucakap polis di Baton Rouge, Sarjan L’Jean McKneely pada akhir minggu lalu berkata, suspek dikenali sebagai Roxanne Record, 53, dan ibu mangsa, Kadjah Record, 29, telah ditahan dan berdepan tuduhan melakukan pembunuhan darjah pertama.

Menurut waran tangkap yang dikeluarkan pihak berkuasa, kandungan alkohol dalam darah kanak-kanak itu adalah lebih lapan kali ganda lebih tinggi berbanding had dibenarkan untuk golongan dewasa memandu kenderaan.

“Ketika siasatan awal, ibu mangsa dikatakan hanya melihat anaknya diperlakukan seperti itu. Defendan berasa bersalah kerana bertindak melampaui batas dan mahu bertanggungjawab atas kematian mangsa,” ujar kandungan waran tangkap itu lagi.



Difahamkan, butiran penuh tentang kejadian sebenar belum didedahkan kepada umum berikutan ia masih di bawah siasatan pihak berkuasa. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Larikan diri sejak 2015, buat pembedahan plastik demi elak dicekup polis

Lelaki Mengamuk Bakar MPV Polis Ditahan



‘Anak Saya Bukan Mat Rempit’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker