Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya



Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya

Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa veteran DAP Lim Kit Siang menjelaskan mengapa dia tidak menunjukkan minat terhadap kematian pengasas Ewein Bhd, Ewe Swee Kheng.

Menerusi Facebook hari ini, Najib memuat naik respons terhadap kenyataan Kit Siang yang mencadangkan agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) soal siasat dua bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

“Kenapa ‘Uncle’ (Kit Siang) begitu berminat dengan kematian yang berlaku lebih 10 tahun lalu yang telah disiasat berkali-kali tetapi tidak berminat dengan kematian misteri pemilik syarikat terkenal?

“Dia adalah kawan kepada anak anda (dan mati) hanya sebulan sebelum dia sepatutnya memberi keterangan di mahkamah,” tulis Najib.




Ewe ditemui mati di tingkat bawah sebuah apartmen mewah pada 5 Okt tahun lepas. Ewe dan keluarganya tinggal di penthouse tingkat 17. Dia diandaikan telah terjatuh.

Isterinya Seet Chin Leng memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Nov tahun lepas bahawa dia kali terakhir berjumpa suaminya pada hari kematiannya pada pukul 1 pagi. Ewe telah diisytiharkan mati pada 5.37 pagi.

Mahkamah akhirnya diberitahu bahawa SPRM merekodkan kenyataan daripada Ewe empat kali dan petikan kenyataan terakhirnya kepada SPRM (14 Ogos 2021) dibacakan pada 24 Mac.

Di dalamnya, Ewe berkata dia bertemu ketua menteri Pulau Pinang ketika itu Lim Guan Eng pada 2011. Ewe berkata dia mahu membangunkan sebidang tanah tambak dan berjanji untuk menghadiahkan beberapa hartanah kepada Guan Eng jika rancangan itu berjaya.

Guan Eng kini berdepan perbicaraan kerana didakwa menggunakan jawatannya sebagai ketua menteri ketika itu untuk mendapatkan rasuah RM3.3 juta sebagai pertukaran membantu syarikat milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6.3 bilion.




Guan Eng juga menghadapi pertuduhan meminta rasuah berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang bakal diperolehi syarikat Zarul Ahmad.

Awal hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan menggesa PAC menyiasat Sirul dan Azilah memandangkan pihak berkuasa Perancis melancarkan siasatan rasmi terhadap Thales Group berhubung penjualan dua kapal selam tentera laut pada 2002 kepada Malaysia.

Mandat eksplisit PAC adalah untuk menyiasat perkara berkaitan kewangan kerajaan. Bagaimanapun, Altantuya dikaitkan dengan sekurang-kurangnya seorang yang terlibat dalam perolehan kapal selam itu.

Altantuya dibunuh pada 18 Okt 2006. Apabila Sirul dan Azilah dibicarakan atas tuduhan membunuh, terbongkar bahawa Altantuya mempunyai hubungan sulit dengan Abdul Razak Baginda, pemilik beberapa syarikat yang terlibat dalam perjanjian kapal selam scorpene.

Sirul dan Azilah telah disabitkan kesalahan. Azilah kini menunggu hukuman mati manakala Sirul telah melarikan diri ke Australia. Mk




Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nagaenthran Jalani Hukuman Gantung: Ini Apa Yang Perlu Diketahui

JAKIM Perjelas Isu Penularan Tarikh Hari Raya Aidilfitri

Adam Adli bidas Rafizi



Leave a Reply

Your email address will not be published.