Tentera Rusia berjaya tawan loji nuklear Chernoby

Zon Chernobyl, zon terkecuali dan semua pemasangan loji tenaga nuklear telah dikawal tentera Rusia. – The Mega Agency

KIEV – Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal mengesahkan bahawa loji nuklear Chernobyl telah ditawan tentera Rusia selepas satu pertempuran sengit tercetus dengan pengawal, lapor akhbar The Sun.

Shmyhal dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen tempatan berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa dapat disahkan.

“Zon Chernoby, zon terkecuali dan semua pemasangan loji tenaga nuklear telah dikawal tentera Rusia,” katanya.

Sebelum itu, sekitar pukul 7 malam (waktu tempatan), beberapa laporan mendakwa bahawa tentera Rusia telah menawan para pekerja di loji nuklear itu dan dijadikan tebusan.



Penasihat kepada Presiden Ukraine, Mykhailo Poldoliak berkata, selepas pertempuran sengit antara tentera Rusia dengan pengawal Ukraine, pihaknya kehilangan kuasa ke atas tapak loji nuklear itu.

“Keadaan di tapak loji nuklear Chernobyl, kurungan dan bekas penyimpanan sisa nuklear tidak dapat diketahui.

“Agak sukar untuk kita menyatakan bahawa Chernobyl adalah selamat,” ujarnya.

Dalam pada itu, sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan) hari ini, agensi berita NEXTA mendakwa bahawa terdapat peningkatan dalam kadar radiasi yang direkodkan berhampiran dengan tapak Chernobyl.



Pejabat Presiden dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa tindakan Rusia itu adalah satu daripada ancaman serius kepada Eropah.

Tentera Rusia didakwa berkemungkinan sedang bersiap sedia untuk melakukan provokasi menggunakan loji nuklear tersebut atau menggunakan kerosakan ketika serangan untuk menyalahkan Ukraine.

“Serangan Rusia boleh membawa kepada satu lagi kemusnahan ekologi.

“Chernobyl boleh meledak lagi pada 2022 sekiranya peperangan berterusan,” kara Kementerian Luar Ukraine. – AGENSI



Tentera Rusia berjaya tawan loji nuklear Chernoby


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hibah Tabung Haji Mengecewakan, Tiada Lagi Agenda Memperkasa Ekonomi Ummah – Najib Razak



Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Kenyataan Media BNM amat mengejutkan Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker