Ucapan Alhamdulillah banjiri Facebook Noor Hisham

Ucapan Alhamdulillah banjiri Facebook Noor Hisham

Ruangan komen di Facebook rasmi milik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah hari ini dibanjiri dengan ungkapan Alhamdulillah apabila kes harian Covid-19 dicatatan bawah paras 11,000 jangkitan.

Susulan itu, rata-rata orang ramai melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan petugas barisan hadapan selepas kejayaan melandaikan lekuk jangkitan Covid-19 ketika ini.


Tangkap layar ungkapan Alhamdulillah dilafazkan orang ramai selepas kes dicatatkan hari ini di bawah paras 11,000 jangkitan.

“Alhamdulillah, kes semakin turun,” lafaz Harlisa Aliza.

“Alhamdulillah, moga makin turun dan moga lenyaplah Covid-19 daripada muka bumi, Amin,” doa Eyla Dali.

“Alhamdulillah, terus kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar,” minta Nor Syida.

“Alhamdulillah, semoga kita semua dilindungi daripada penularan Covid-19,” kata Pak Teh Ramli.

Dalam pada itu, kes harian di Selangor turut berada di paras terbaik apabila mencatatkan jangkitan di bawah 1,000 kes dengan jumlah 979 jangkitan hari ini.

Selain itu, beberapa negeri lain yang sebelum ini mencatatkan jangkitan melebihi 1,000 kes sehari turut menunjukkan penurunan antaranya Pulau Pinang (793), Kedah (660), Kelantan (983) dan Perak (713).

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk terus berada di rumah jika tiada urusan penting selain terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi memastikan kes terus diturunkan. K Online

Ucapan Alhamdulillah banjiri Facebook Noor Hisham


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker