Kena terajang bakal mentua masa akad nikah

Kena terajang bakal mentua masa akad nikah

Sebuah majlis pernikahan di Oimbo, Kota Bima, Indonesia dilanda kekecohan apabila pengantin lelaki disepak oleh bakal bapa mentuanya ketika proses akad nikah berlangsung, lapor portal KlikAktual, semalam.

Menerusi rakamn video yang dimuat naik di laman Instagram @makassarinfodotcom, insiden berlaku apabila bapa pengantin perempuan menyebut perkataan ‘bote’ bermaksud monyet dalam Bahasa Bima selepas mengucapkan kalimah syahadah.

Perkara tersebut mengundang kemarahan keluarga pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan ditegur atas perbuatannya.

Pengantin lelaki (kiri) bersama bakal mentuanya (kanan) – Instagram
“Apa lagi yang tidak puas hati? Kenapa mahu timbulkan masalah dengan menggelar pengantin lelaki sebagai monyet. Tolong hormati keluarga kami,” demikian ucap wakil keluarga pengantin lelaki.

Tidak puas hati dengan teguran itu, bapa pengantin perempuan secara tiba-tiba bangun dan menerajang muka menantunya sebelum sempat dipegang oleh jurunikah serta saksi yang ada di situ.

Menurut sumber, punca kemarahan bapa pengantin perempuan adalah kerana keluarga pengantin lelaki tiba lewat di majlis akad nikah.

Mereka sepatutnya tiba pada pukul 10 pagi namun hanya muncul sekitar pukul empat petang waktu tempatan.

Sesi pernikahan itu terpaksa diteruskan secara online dan khabarnya, kedua mempelai sehingga kini belum tinggal serumah gara-gara kejadian yang berlaku pada 14 Ogos lalu itu. K Online

Kena terajang bakal mentua masa akad nikah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker