Harga ayam bulan ini cecah paras tertinggi dalam sejarah

Harga ayam bulan ini cecah paras tertinggi dalam sejarah

Harga runcit pelbagai ayam di pasaran seluruh negara pada bulan ini dilaporkan mencecah paras paling tinggi dalam sejarah.

Harga runcit pelbagai ayam di pasaran seluruh negara pada bulan ini dilaporkan mencecah paras paling tinggi dalam sejarah kecuali harga ayam tua yang turun sedikit.



Menurut perangkaan terbaharu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), harga runcit ayam proses standard melepasi paras RM9 apabila kini berada pada RM9.45 sekilogram.

Ia merupakan kadar tertinggi pada tahun ini yang sebelum itu berlegar sekitar paling rendah iaitu RM8.10 pada Mei dan Jun manakala paling tinggi ialah RM8.45 pada April dan Ogos.

Lebih buruk, harga yang turut disahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu juga adalah tertinggi dibandingkan tahun lalu, 2019, 2018, 2017, 2016, 2015 dan 2014.

Selain itu, JPV merekodkan harga runcit ayam proses super bulan ini melepasi paras psikologi RM10 sekilogram, iaitu RM10.10 sekali gus memecah sejarah tertinggi dalam tujuh tahun.



Bulan lalu, ayam jenis itu melakar rekod apabila dijual pada harga RM9.60 iaitu kadar tinggi selepas kali terakhir mencatatkan paras paling tinggi sebanyak RM9.90 pada Julai tahun lepas.

Tidak ketinggalan, kategori baharu diwujudkan Januari lalu iaitu harga runcit ayam kampung yang juga melepasi paras psikologi RM15 sekilogram bulan ini apabila didapati dijual RM15.10.

Ia mengatasi rekod paling tinggi yang pernah dicatatkan oleh pihak JPV pada bulan lepas iaitu RM14.90, manakala kadar paling rendah dilaporkan ialah cuma RM13.80 pada Januari lepas.

Sementara itu satu lagi kategori baharu harga runcit iaitu ayam hidup, juga merekodkan paras tertinggi tahun ini RM7.80, sekali gus mengatasi rekod sebelumnya RM7.05 pada Mei lalu.



Bagaimanapun, harga runcit ayam tua pula didapati merosot 10 sen iaitu RM8.50 berbanding bulan lepas yang mencipta sejarah apabila berada pada paras paling tinggi untuk tahun ini.

Kedudukan harga runcit terkini pelbagai jenis ayam di pasaran tempatan itu adalah jauh berbeza daripada laporan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Utusan

Harga ayam bulan ini cecah paras tertinggi dalam sejarah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker