Ac Mizal ‘hentam’ Iqbal riak campak duit

Ac Mizal hentam Iqbal riak campak duit

PETALING JAYA: Belum lagi reda isu mengenai percintaan kontroversi diantara Datuk Seri Vida dan Iqbal di media sosial, kini timbul pula isu lain yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen.

Antara yang menjadi topik bualan hangat netizen kini di media sosial apabila, ada yang mendakwa Iqbal seakan riak dan takbur dengan menujukkan kemewahan yang dimilikinya.

Difahamkan dakwaan ini timbul apabila Iqbal telah menayangkan kemewahan yang dimilikinya menerusi satu sesi tembual yang dibuat oleh satu portal hiburan ‘online’.

Menerusi sesi temubual terbabit, Iqbal juga turut menaikkan kemarahan dan kecaman netizen, apabila telah melemparkan duit dengan dakwaan niat untuk membuktikan kemewahannya pada netizen.

“Untuk netizen, saya kena ajar atau cerita macam ni ke?

“Okay aku kaya, aku tak nak duit orang, sampai bila saya kena buat macam ni, saya pun ada maruah, nak kahwin sebab harta ke?

“Saya geram tau, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tikam saya, cakap saya nak duit, sehingga saya nak buat perniagaan pun orang tuduh saya nak ambil duit orang, ini duit saya sendiri, tak minta duit orang pun,” jawab Iqbal dalam sesi tembual berkenaan sambil melemparkan duit.

Menurut Iqbal, tujuan berbuat demikian adalah untuk membuktikan serta membidas dakwaan netizen yang menuduh niat untuk berkahwin dengan Datuk Seri Vida sekadar menumpang kekayaan dan populariti semata-mata.

Ekoran perkongsian video berkenaan, ia telah menimbulkan pelbagai spekulasi oleh semua pihak, malah salah seorang selebriti yang berpangkat Datuk tampil menempelak serta kurang senang dengan tingkah laku yang dibuat oleh Iqbal berkenaan.

Selebriti yang dimaksudkan adalah Datuk Ac Mizal, dia berkata, seharusnya tidak menunjuk kekayaan yang diperolehi tetapi sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh tuhan.

“Jangan terlampau riak sampai campak campak duit, rezeki dari Allah bukan untuk menunjuk

Meskipun niat Iqbal hanya untuk membidas dakwaan yang dilemparkan netizen terhadapnya, namun perbuatannya itu didakwa seakan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi kata Datuk Ac Mizal.

“Bersyukur lagi bagus, tak habis habis nak tunjuk duit, hmm macam dia seorang je yang kaya, ingat yang dicampak tu rezeki dari ALLAH,” tulis Datuk Ac Mizal.

Menjengah diruang komen, rata-rata telah kurang senang malah ada yang turut menyelarnya dengan perbuatan riak berkenaan.

“Perangai… Nanti Allah tarik baru tahu, dalam satu dunia ada musibah, tolonglah jangan riak sangat. Istighfar

“Meluat! nampak sangat riaknya,” komen netizen.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker