Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika

Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika

Pelakon Lana Nordin yang baru pulang ke negara suaminya di Amerika Syarikat (AS) berkongsi momen suasana menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan kediamannya di sana tanpa ada lagi penjarakan sosial.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Lana turut meluahkan rasa syukur di atas kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT itu.



Pada masa sama, ibu kepada dua anak itu juga mendoakan agar urusan keluarga, rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia dipermudahkan lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini.

“Hari ni saya dah suami dapat menunaikan solat Jumaat berjemaah dekat Masjid Hamzah di Clearwater…Alhamdullilah, dengan izinNya, masjid ini hanya beberapa minit saje dari tempat tinggal kami…surprisingly ramai umat Islam menunaikan solat Jumaat dan semasa kami solat Jumaat, saf di sini tidak ada penjarakkan sama seperti saf sebelum wujudnya Covid dan tiada diskriminasi yg dikenakan untuk memasuki masjid ini…masyallah…” tulisnya.

Baru-baru ini, Lana mencetuskan kontroversi susulan ada pihak mempertikaikan kebenarannya terbang ke AS walaupun belum mendapat suntikan vaksin.

Namun dia memulangkan paku buah keras kepada mereka yang mengkritiknya sebelum ini dengan menunjukkan suasana di sana yang telah bebas tanpa perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti di Malaysia.



Sebelum ini, Lana telah mendapat kecaman netizen berikutan kelantangannya menegur tindakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di perkarangan pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lana dan keluarga telah berangkat ke AS pada pertengahan September ini. MG

Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker